Wednesday, March 20, 2013

ALMANAK ASTRONOMI 2013


ALMANAK ASTRONOMI SEPANJANG TAHUN 2013



Syukur buat pertama kalinya PSS mewujudkan koleksi Almanak sekolah.

JANUARI
Tarikh/Waktu
Keterangan
3-4 Jan
Juraian Meteor Quadrantids (40/jam)

FEBRUARI
Tarikh/Waktu
Keterangan
15 Feb, Subuh
Asteroid 2012 DA14 akan melintas Bumi.  Di Malaysia, ia agak rendah di ufuk Selatan.
18 Feb, Senja
Bulan akan berada amat hamper dengan Musytari.

MAC
Tarikh/Waktu
Keterangan
-
Komet C/2011 L4 PanSTARRS terbaik bulan ini.
3 Mac, 1.00am
Bulan berada hampir dengan Zuhal.
17 Mac, Maghrib-Isya
Smiley ‘senget’ kembali (Bulan, Musytari dan Aldebaran).
20 Mac
Ekuinoks. Hari matahari berada tepat di atas Khatulistiwa (7.02pm Waktu Malaysia).
29 Mac, 11.00pm
Bulan berada hampir dengan Zuhal.

APRIL
Tarikh/Waktu
Keterangan
14 Apr,
 Maghrib-Isya
Smiley ‘Tak Menjadi’ Kembali (Bulan, Musytari dan Aldebaran).
20 Apr
Hari Astronomi Sedunia.
21-22 Apr, selepas tengah malam
Juraian Meteor Lyrids (20/sejam).
26 Apr
Gerhana Bulan Separa. Mula 2.03am. Maksimum   ~ 4.10am, tamat 6.11am.
28 Apr
Istiqbal Zuhal.

MEI
Tarikh/Waktu
Keterangan
5-6 Mei, selepas tengah malam
Juraian Meteor Eta Aquarids (10/sejam).
10 Mei
Gerhana Matahari Cincin di Australia (tidak Nampak di Malaysia).
12   Mei
Bulan berada hampir dengan Musytari.
23 Mei
Bulan berada hampir dengan Zuhal.
26   Mei
Bulan berada di posisi Perigee 21 jam SEBELUM Bulan Penuh (358374km).
27 Mei
Himpunan Planetari (Zuhrah, Musytari dan Utaris) di langit senja.
28 Mei, 5.16pm
Istiwa Matahari Di Atas Kaabah.

JUN
Tarikh/Waktu
Keterangan
4 & 5 Jun, Maghrib-Isya
Zuhrah berada amat hampir dengan gugusan bintang M35.
10   un, Senja
Bulan berada hampir dengan Zuhrah dan Utarid.
19   Jun
Bulan berada hampir dengan Zuhal.
23   Jun
Bulan Penuh Perigee! (356989km).

JULAI
Tarikh/Waktu
Keterangan
3 & 4 Julai, Maghrib-Isya
Zuhrah berada hampir dengan gugusan bintang Beehive.
10 & 11 Julai, Senja
Bulan berada hampir dengan Zuhrah.
16 & 17 Julai
Bulan berada hampir dengan Zuhal.
16 Julai, 5.28pm
Istiwa Matahari di atas Kaabah.
21 Julai
Bulan berada diposisi Perigee 21 jam SELEPAS Bulan Penuh (358401km).
22 Julai
Musytari dan Marikh berada hampir antara satu sama lain. Subuh.

OGOS
Tarikh/Waktu
Keterangan
12-13 Ogos  , selepas tengah malam
Juraian Meteor Perseids (60/sejam).
27 Ogos
Istiqbal planet Neptune (Binokular/Teleskop).

SEPTEMBER
Tarikh/Waktu
Keterangan
18 Sept, Senja
Zuhrah dan Zuhal berada hampir antara satu sama lain.
22 Sept
Hari Ekuinoks. Matahari berada tegak di atas kepala.

OKTOBER
Tarikh/Waktu
Keterangan
3 Okt
Istiqbal Planet Uranus (Binokular).
12 Okt
Hari Astronomi Sedunia.
18 Okt
Gerhana Bulan Penumbra (ketika Subuh).
21-22 Okt, selepas tengah malam
Juraian Meteor Orionids (20/sejam).

NOVEMBER
Tarikh/Waktu
Keterangan
-
Komet C/2012 S1 (ISON) terbaik ketika ini.
3 Nov
Gerhana Matahari Hibrid di Afrika (tidak Nampak di Malaysia).
17-18 Nov, selepas tengah malam
Meteor Leonids (40/sejam).

DISEMBER
Tarikh/Waktu
Keterangan
-
Komet C/2012 SI (ISON) terbaik ketika ini.
13-15 Dis, selepas tengah malam
Meteor Geminids (60/sejam).

Ø    SUMBER: www.falakonline.net
Ø    Fenomena Tumpuan dan Paling Menarik Sepanjang Tahun 2013 Untuk Langit Malaysia dan Rantau Asia Tenggara.

Tuesday, July 17, 2012

1 MURID 1 SUKAN 1 MALAYSIA DAN KARNIVAL PAMERAN SERTA JUALAN BUKU 2012

Pada 10 Julai 2012 yang lalu, SK Sungai Karangan telah  menganjurkan Program Senamrobik Serentak 1 Malaysia 1M 1S 1M dengan jayanya. Sejak jam 7 pagi lagi semua murid dan guru sudah mula berkumpul di tapak perhimpunan  untuk pendaftaran.Bukan setakat murid dan guru sahaja tetapi turut memeriahkan juga ialah kehadiran para waris. Walaupun pada awalnya hujan , namun acara tetap dijalankan di dalam dewan sekolah. Semua menunjukkan wajah yang ceria belaka di saat senamrobik mula dijalankan dengan iringin lagu-lagu bertemakan 1 Malaysia. Jom kita lihat gambar -gambar yang sempat dirakamkan semasa acara tersebut.
Murid berkumpul di tapak perhimpunan menanti saat2 senamrobik dimulakan..namun
nampaknya hari nak hujan....

Cikgu2 sedang sibuk mengambil kedatangan murid..



Cikgu Aziz  selaku pengacara majlis.....tetap dan berpencen..

Langit menunjukkan hari nak hujan..siap ada pelangi lagi...

Ucapan perasmian..

Semua murid sedang menunggu arahan untuk bermula...
Cikgu Taufik mengetuai pasukan senamrobik...


Setelah acara senamrobik tamat pada jam 8.30 pagi murid pulang ke kelas dan P&P dijalankan seperti biasa.

Berikut pula adalah gambar2 sekitar Karnival Pameran dan Jualan Buku 2012 anjuran Pusat Sumber Sekolah. Jom kita tengok.
Ini banner di hadapan sekolah..

Mendapat sambutan hangat daripada murid-murid.




Wednesday, May 23, 2012

SAMBUTAN HARI GURU 2012

Pada 16 Mei 2012 yang lalu, SK Sungai Karangan  telah mengadakan Sambutan Hari Guru peringkat sekolah. Perlaksanaan bermula seawal 7.45 pagi dan tamat pada jam 3.00 petang. Sambutan Hari Guru diadakan pada sebelah pagi sehingga 12.45 tgh manakala pada jam 1.00 ptg disusuli dengan Majlis Jamuan Perpisahan Guru Pelatih JQAF. Berikut ialah gambar-gambar yang sempat dirakamkan oleh admin untuk tatapan semua:

















Tuesday, March 27, 2012

PROGRAM 'JOM BACA'

Pada 25 Mac 2012 (AHAD): yang lalu PSS telah mengadakan Program Jom Baca melibatkan semua murid SK Sg Karangan. Program ini akan dijalankan sehingga Oktober ini sebagai satu langkah untuk menggalakkan murid datang awal ke sekolah di samping menyemai tabiat suka membaca dalam kalangan murid-murid sekolah dan bijak menggunakan masa. Bagi murid yang membuat bacaan terbanyak berdasarkan buku nilam akan diberi ganjaran sebagai penghargaan. Terima kasih kepada semua pengawas PSS yang memberi komitmen yang cukup tinggi dalam menjayakan program ini.

Di bawah adalah gambar sekitar program tersebut dijalankan:


Monday, February 13, 2012

MAJLIS PENYAMPAIAN WATIKAH PERLANTIKAN PENGAWAS PSS & PERJUMPAAN WARIS TAHUN 6

Pada 12 Feb 2012, dua peristiwa dicatatkan iaitu Majlis Penyampaian Watikah Perlantikan Pengawas Pusat Sumber dan juga Majlis Perjumpaan Waris thn 6. Seramai 24 orang PPSS telah dilantik dalam majlis tersebut yang disampaikan oleh GPK1 ( Pn Fikkriah bt Abdullah). Tahniah buat semua PPSS yang telah dilantik. Teruskan usaha ke arah memartabatkan PSS kita.

Pada sebelah petang pula, diadakan Majlis Perjumpaan Waris Thn 6 bermula jam 2.00 ptg bertempat di dewan sekolah SKSKR dengan kehadiran 80% waris. Kehadiran para waris amat memberangsangkan dan menunjukkan komitmen yang tinggi ke arah kejayaan anak2. Kos perbelanjaan pengurusan UPSR tahun ini telah dipersetujui oleh semua waris iaitu RM180. Pada tahun ini seramai 120 calon murid yang bakal menduduki peperiksaan UPSR dan seramai 13 orang tenaga pengajar berusaha keras ke arah mencapai  prestasi yang lebih baik tahun ini. Jutaan terima kasih buat semua yang terlibat.

GAMBAR2 SEKITAR MAJLIS TERSEBUT

Tuesday, February 7, 2012

PERLANTIKAN AJK PSS

Ketua Pengawas PSS 2012 : Nur Shifaa bt Mohd Sabari (6A)
Pen. Ketua Pengawas PSS  : Mohd Asnawi b Rafie (6A)
Setiausaha : Puteri Nurmusfirah
Bendahari : Shahrina
AJK Keceriaan : Aliyyah Iffah / Qurratuain
AJK Kebersihan : Mohd Daniel / Izzul Syafiq
AJK Data : Thirashawn dan Iqmal

Tahniah! kepada yang terpilih... Diharap Shifaa , Asnawi dan yang lain2 yang telah dilantik dapat menjalankan tanggungjawab anda dengan penuh dedikasi .....

SELAMAT BERTUGAS...

Sunday, February 5, 2012

MAKLUMAN PENGOPERASIAN PSS 2012

Untuk makluman semua murid2 dan guru2.

PSS sebenarnya telah mula beroperasi sejak Januari 2012 yang lalu. Untuk pengetahuan semua, perkhidmatan PSS kini tidak dapat dijalankan sepenuhnya disebabkan pihak kami sedang menaiktaraf sistem pengurusan yang sedia ada  (manual) kepada sistem pengkomputeran ( barcode scan) .
2.       Kesemua buku-buku yang sedia ada harus didaftarkan ke dalam sistem komputer dan hal ini mengambil masa yang agak lama  kerana pihak pss sendiri kekurangan kakitangan dan juga kekangan masa.
3.       Walaupun begitu , pihak pss sendiri akan cuba sedaya upaya mempercepatkan pemprosesan buku-buku tersebut agar semua murid dapat melakukan peminjaman dan pemulangan buku seperti biasa selewat-lewatnya penghujung Jun ini.
4.       Meskipun begitu, PSS masih boleh digunakan untuk tujuan pembacaan atau mengulangkaji pada waktu rehat seperti biasa.

Segala kesulitan yang berlaku harap dapat dimaafkan. Sebarang kemusykilan boleh disalurkan terus kepada Cikgu Suemanie ( penyelaras PSS)

Sekian, harap maklum.