Tuesday, July 17, 2012

1 MURID 1 SUKAN 1 MALAYSIA DAN KARNIVAL PAMERAN SERTA JUALAN BUKU 2012

Pada 10 Julai 2012 yang lalu, SK Sungai Karangan telah  menganjurkan Program Senamrobik Serentak 1 Malaysia 1M 1S 1M dengan jayanya. Sejak jam 7 pagi lagi semua murid dan guru sudah mula berkumpul di tapak perhimpunan  untuk pendaftaran.Bukan setakat murid dan guru sahaja tetapi turut memeriahkan juga ialah kehadiran para waris. Walaupun pada awalnya hujan , namun acara tetap dijalankan di dalam dewan sekolah. Semua menunjukkan wajah yang ceria belaka di saat senamrobik mula dijalankan dengan iringin lagu-lagu bertemakan 1 Malaysia. Jom kita lihat gambar -gambar yang sempat dirakamkan semasa acara tersebut.
Murid berkumpul di tapak perhimpunan menanti saat2 senamrobik dimulakan..namun
nampaknya hari nak hujan....

Cikgu2 sedang sibuk mengambil kedatangan murid..



Cikgu Aziz  selaku pengacara majlis.....tetap dan berpencen..

Langit menunjukkan hari nak hujan..siap ada pelangi lagi...

Ucapan perasmian..

Semua murid sedang menunggu arahan untuk bermula...
Cikgu Taufik mengetuai pasukan senamrobik...


Setelah acara senamrobik tamat pada jam 8.30 pagi murid pulang ke kelas dan P&P dijalankan seperti biasa.

Berikut pula adalah gambar2 sekitar Karnival Pameran dan Jualan Buku 2012 anjuran Pusat Sumber Sekolah. Jom kita tengok.
Ini banner di hadapan sekolah..

Mendapat sambutan hangat daripada murid-murid.