Monday, February 13, 2012

MAJLIS PENYAMPAIAN WATIKAH PERLANTIKAN PENGAWAS PSS & PERJUMPAAN WARIS TAHUN 6

Pada 12 Feb 2012, dua peristiwa dicatatkan iaitu Majlis Penyampaian Watikah Perlantikan Pengawas Pusat Sumber dan juga Majlis Perjumpaan Waris thn 6. Seramai 24 orang PPSS telah dilantik dalam majlis tersebut yang disampaikan oleh GPK1 ( Pn Fikkriah bt Abdullah). Tahniah buat semua PPSS yang telah dilantik. Teruskan usaha ke arah memartabatkan PSS kita.

Pada sebelah petang pula, diadakan Majlis Perjumpaan Waris Thn 6 bermula jam 2.00 ptg bertempat di dewan sekolah SKSKR dengan kehadiran 80% waris. Kehadiran para waris amat memberangsangkan dan menunjukkan komitmen yang tinggi ke arah kejayaan anak2. Kos perbelanjaan pengurusan UPSR tahun ini telah dipersetujui oleh semua waris iaitu RM180. Pada tahun ini seramai 120 calon murid yang bakal menduduki peperiksaan UPSR dan seramai 13 orang tenaga pengajar berusaha keras ke arah mencapai  prestasi yang lebih baik tahun ini. Jutaan terima kasih buat semua yang terlibat.

GAMBAR2 SEKITAR MAJLIS TERSEBUT

Tuesday, February 7, 2012

PERLANTIKAN AJK PSS

Ketua Pengawas PSS 2012 : Nur Shifaa bt Mohd Sabari (6A)
Pen. Ketua Pengawas PSS  : Mohd Asnawi b Rafie (6A)
Setiausaha : Puteri Nurmusfirah
Bendahari : Shahrina
AJK Keceriaan : Aliyyah Iffah / Qurratuain
AJK Kebersihan : Mohd Daniel / Izzul Syafiq
AJK Data : Thirashawn dan Iqmal

Tahniah! kepada yang terpilih... Diharap Shifaa , Asnawi dan yang lain2 yang telah dilantik dapat menjalankan tanggungjawab anda dengan penuh dedikasi .....

SELAMAT BERTUGAS...

Sunday, February 5, 2012

MAKLUMAN PENGOPERASIAN PSS 2012

Untuk makluman semua murid2 dan guru2.

PSS sebenarnya telah mula beroperasi sejak Januari 2012 yang lalu. Untuk pengetahuan semua, perkhidmatan PSS kini tidak dapat dijalankan sepenuhnya disebabkan pihak kami sedang menaiktaraf sistem pengurusan yang sedia ada  (manual) kepada sistem pengkomputeran ( barcode scan) .
2.       Kesemua buku-buku yang sedia ada harus didaftarkan ke dalam sistem komputer dan hal ini mengambil masa yang agak lama  kerana pihak pss sendiri kekurangan kakitangan dan juga kekangan masa.
3.       Walaupun begitu , pihak pss sendiri akan cuba sedaya upaya mempercepatkan pemprosesan buku-buku tersebut agar semua murid dapat melakukan peminjaman dan pemulangan buku seperti biasa selewat-lewatnya penghujung Jun ini.
4.       Meskipun begitu, PSS masih boleh digunakan untuk tujuan pembacaan atau mengulangkaji pada waktu rehat seperti biasa.

Segala kesulitan yang berlaku harap dapat dimaafkan. Sebarang kemusykilan boleh disalurkan terus kepada Cikgu Suemanie ( penyelaras PSS)

Sekian, harap maklum.

SALAM PERKENALAN

SELAMAT DATANG & SALAM 1 MALAYSIA

Kpd semua pengunjung yang baru pertama kali mengunjungi blog ini. Terima kasih atas sokongan anda. Walaupun masih baru, kami akan cuba salurkan maklumat dan berita  terbaik buat santapan anda ,khususnya warga SKSKR. Jadi, jgn lupa untuk  mendapatkan maklumat terkini tentang PSS mahupun tentang sekolah SK Sg. Karangan melalui blog ini . Sebarang cadangan atau pertanyaan boleh tinggalkan di ruangan sembang.
Harap maklum.