Sunday, February 5, 2012

MAKLUMAN PENGOPERASIAN PSS 2012

Untuk makluman semua murid2 dan guru2.

PSS sebenarnya telah mula beroperasi sejak Januari 2012 yang lalu. Untuk pengetahuan semua, perkhidmatan PSS kini tidak dapat dijalankan sepenuhnya disebabkan pihak kami sedang menaiktaraf sistem pengurusan yang sedia ada  (manual) kepada sistem pengkomputeran ( barcode scan) .
2.       Kesemua buku-buku yang sedia ada harus didaftarkan ke dalam sistem komputer dan hal ini mengambil masa yang agak lama  kerana pihak pss sendiri kekurangan kakitangan dan juga kekangan masa.
3.       Walaupun begitu , pihak pss sendiri akan cuba sedaya upaya mempercepatkan pemprosesan buku-buku tersebut agar semua murid dapat melakukan peminjaman dan pemulangan buku seperti biasa selewat-lewatnya penghujung Jun ini.
4.       Meskipun begitu, PSS masih boleh digunakan untuk tujuan pembacaan atau mengulangkaji pada waktu rehat seperti biasa.

Segala kesulitan yang berlaku harap dapat dimaafkan. Sebarang kemusykilan boleh disalurkan terus kepada Cikgu Suemanie ( penyelaras PSS)

Sekian, harap maklum.

No comments:

Post a Comment