Pada 12 Feb 2012, dua peristiwa dicatatkan iaitu Majlis Penyampaian Watikah Perlantikan Pengawas Pusat Sumber dan juga Majlis Perjumpaan Waris thn 6. Seramai 24 orang PPSS telah dilantik dalam majlis tersebut yang disampaikan oleh GPK1 ( Pn Fikkriah bt Abdullah). Tahniah buat semua PPSS yang telah dilantik. Teruskan usaha ke arah memartabatkan PSS kita.
Pada sebelah petang pula, diadakan Majlis Perjumpaan Waris Thn 6 bermula jam 2.00 ptg bertempat di dewan sekolah SKSKR dengan kehadiran 80% waris. Kehadiran para waris amat memberangsangkan dan menunjukkan komitmen yang tinggi ke arah kejayaan anak2. Kos perbelanjaan pengurusan UPSR tahun ini telah dipersetujui oleh semua waris iaitu RM180. Pada tahun ini seramai 120 calon murid yang bakal menduduki peperiksaan UPSR dan seramai 13 orang tenaga pengajar berusaha keras ke arah mencapai prestasi yang lebih baik tahun ini. Jutaan terima kasih buat semua yang terlibat.
GAMBAR2 SEKITAR MAJLIS TERSEBUT
No comments:
Post a Comment